SELAMAT DATANG KE KAMPUNG PARIT OTHMAN PARIT SULONG BATU PAHAT KAWASAN DUN SERI MEDAN

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG PARIT OTHMAN

Sejarah ringkas penubuhan kampung parit othman.Pada tahun 30 an,sebilangan peneroka dari keturunan bangsa melayu dari Bentan indonesia telah membuka perkampungan di persisiran sungai simpang kiri dengan lebih kurang 6 buah rumah kayu dan diketuai oleh seorang yang bernama Encik Osman Perkampungan tersebut semakin membesar dan menjadi tumpuan masyarakat setempat kerana terdapat kemudahan sebuah jeti dan sebuah sekolah melayu di seberang sungai.sekolah itu sekarang di kenali dengan nama sekolah kebangsaan parit jawa.Di samping itu banyaklah masyarakat ketika itu berniaga dengan mendirikan kedai-kedai di kuala parit dan sungai.pada ketika itu sungai sebagai jalan perhubungan utama dari ulu sungai kawasan seri medan hingga ke hilir bandar penggaram.barangan dangangan yang masyhur ialah ubi,getah dan kelapa. Nama osman semakin di kenali dan dihormati kerana beliau yang gigih dalam membangunkan kawasan tersebut sehingga menjadi tumpuan orang - ramai yang mana telah wujud pekan dengan aktiviti jualbeli dengan sistem barter atau jual beli bertukar barangan. Pada zaman ketika jepun menyerah kalah dalam perang dunia ke dua,bintang tiga atau komunis cuba mencari ruang untuk meluaskan pengaruh mereka,ini menyebabkan penduduk kampung sentiasa dalan ketakutan dan keresahan kerana kumpulan tersebut memang di kenali sebagai kumpulan sangat kejam.penduduk dan perniaga tidak berani keluar rumah menjalankan urusan harian,maka ada sebilangan peniaga dan penduduk yang mula meninggalkan kawasan tersebut dan mula membuat perkampungan baru di pekan parit sulong.begitulah keadaannya pekan tersebut mula meningkat maju sehingga sekarang.bagi kampung parit othman pula yang diasaskan oleh encik osman keadaan kampung semakin kegiatan ekonomi semkin merosot Tahun demi tahun saling berganti membesarlah perkampungan tersebut walaupun kegiatan di kuala kampung semakin merosot dan akhirnya lenyap sama sekali tetapi pertambahan penduduk semakin pesat.







Rabu, 3 November 2010

SEKOLAH KU RUMAH KU KAMPUNG KU YANG PERMAI



Sejarah Ringkas Penubuhan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon.

Sebelum ditubuhkan pada 25 Mei 1949, murid-murid dari kampung Parit Othman dan kampung-kampung sekitarnya berulang-alik ke Sekolah Melayu Kampung Jawa, Parit Jalil, Batu Pahat sejauh lebih kurang 5km. Hal ini bukan sahaja menyukarkan dengan terpaksa melintas kebun dan belukar malah murid-murid juga terpaksa menyeberangi sungai Simpang Kiri dengan menaiki sampan untuk ke sekolah tersebut. Menyedari risiko yang dihadapi terutama dari aspek keselamatan murid-murid, seorang dermawan tempatan Puan Hajjah Maimunah bte Haji Ibrahim yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dan murid-murid tersebut telah bermurah hati mendermakan sebidang tanah miliknya seluar 2 ekar, 0 rd, 20 pol untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang dicadangkan

25 Mei 1949 : Sebuah bangunan kayu beratap rumbia berukuran 20 x 20 kaki dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung Parit Othman dan diberi nama Sekolah Melayu Seri Maimon. En. Mohd Noor b. Hj. Arshad telah dilantik sebagai Guru Besar dengan murid seramai 135 orang dan seorang guru penolong.

1957 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan seluas 30 x 40 kaki telah dibuat. Pada tahun ini juga nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Seri Maimon.
1960 : Pembinaan bangunan tambahan 4 bilik darjah oleh Kementerian Pelajaran.

1970 : Pembinaan sebuah banggunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah, 1 pejabat guru besar, 1 bilik rehat guru dan sebuah kantin bernilai RM140,00.00.

24 Julai 1976 : SKSM telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Othman b. Hj. Saat, Menteri Besar Johor.

1985 : Pembinaan sebuah bangunan tambahan ”Projek Kilat” mengandungi 4 bilik darjah bernilai RM80,000.00.

1986 : Pembinaan sebuah banggunan ”Gotong Royong” bernilai RM50,000.00.

1990 : Pembinaan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

1993 : Pembinaan bangunan Bengkel Kemahiran Hidup bernilai RM20,000.00 atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Awang b. Muhmad (Setiausaha Pembangunan Menteri Besar Johor).

1 Mei 1994 : Sekolah Kebangsaan Seri Maimon telah dinaiktaraf ke Sekolah Gred A.

1999 : Sebuah bangunan 2 bilik darjah telah siap dibina dengan peruntukan JPNJ bernilai RM40 000.00. Bangunan ini dapat diguna pakai sebaik sahaja sesi persekolahan 1999 bermula.

2002 : JPNJ telah memperuntukan wang sebanyak RM120 000.00 bagi membina 2 bilik darjah, 1 tandas murid dan membaik pulih pagar sekolah. Projek ini dapat disiapkan menjelang sesi persekolahan 2002.

2003 : JPNJ telah memperuntukkan wang sebanyak RM5 000.00 bagi membina lanskap untuk projek keceriaan sekolah
2004 : Penurapan dataran kejat yang dibiayai oleh YB ADUN Seri Medan.

10 September 2006 : Pembinaan sebuah bangunan Pra Sekolah dan makmal komputer.

Usia sekolah 2010 : 61 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WARONG WAK JALAL

WARONG WAK JALAL